KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata antara peristiwa agung dalam perjalanan Israk dan Mikraj Rasulullah SAW ialah penerimaan langsung perintah solat lima waktu sebagai ibadat teras dalam kehidupan seorang Muslim.
Beliau berkata, solat bukan sekadar ibadat rutin, sebaliknya mempunyai dimensi yang luas dengan kesan mendalam bukan sahaja kepada pembentukan diri individu, malah turut melibatkan keluarga, masyarakat dan negara.
Menjelaskan perkara itu, Anwar berkata tokoh ulama Islam Nusantara Syeikh Daud Al-Fatani dalam karya klasik Munyatul Musolli, tidak hanya membahaskan tatacara solat, malah turut menyentuh aspek siyasah dan tatakelola yang baik.
