PETALING JAYA: Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul sekali lagi menjelaskan persidangan Parlimen ditangguhkan dari Jun ke Julai disebabkan permohonan kerajaan antaranya untuk menyediakan pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Penjelasan itu menyusul selepas Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden mendakwa perubahan tarikh mesyuarat kedua penggal keempat dari 23 Jun hingga 31 Julai kepada 21 Julai hingga 28 Ogos dibuat kerana pertelingkahan dalaman kerajaan.
Pada 23 Mei lalu, Johari menjelaskan alasan perubahan tarikh itu namun Afnan yang juga Ahli Parlimen Alor Setar dipetik lidah rasmi PAS, Harakahdaily, Ahad lalu membuat dakwaan berbeza.