PETALING JAYA: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengumumkan Sistem Pengurusan Latihan (SPL) di bawah kementeriannya akan dimansuhkan tahun depan untuk mengurangkan beban guru.
Menurutnya, SPL antara perkara yang sering dibincangkan warga pendidik kerana dianggap boleh mengganggu fokus mereka terhadap tugas hakiki dalam bilik darjah.
Justeru, beliau berharap pemansuhan SPL dapat mengembalikan fokus guru kepada murid serta proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) sebenar.
