PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan akaun bank kira-kira RM218 juta selepas menyerbu beberapa syarikat dipercayai terbabit penyeludupan tembakau, rokok serta cerut.
Sumber berkata, Op Sikaro itu diketuai Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri, Bank Negara dan Jabatan Kastam (JKDM) di 14 lokasi sekitar Lembah Klang serta Johor, semalam.
Katanya, sindiket itu dipercayai turut membabitkan pegawai agensi penguat kuasa dan siasatan akan memfokuskan usaha mengesan serta menyita aset pihak terbabit melalui aktiviti pengubahan wang haram.