PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menjejaki harta bernilai tinggi milik bekas menteri kewangan Daim Zainuddin, keluarga dan proksi beliau yang belum diisytiharkan di empat lagi negara dan sebuah wilayah Britain.
Sejak bulan lepas, agensi antirasuah itu dilaporkan telah mengambil tindakan berhubung beberapa aset berprofil tinggi dikaitkan dengan Daim dan keluarganya di United Kingdom (UK) serta Malaysia.
Sementara itu, aset dan harta tidak diisytiharkan dalam siasatan SPRM berada di Amerika Syarikat (AS), Singapura, Jepun, Itali dan Jersey, wilayah Britain di Selat Inggeris, luar pantai Normandy, Perancis.