KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat memfailkan permohonan mahkamah bagi mendapatkan perintah pelucuthakan harta alih yang berada di luar Malaysia atas penama Putera Turki Abdullah Al-Saud.
Menurut sumber, permohonan itu difailkan bawah Seksyen 56(1), Seksyen 59 dan Seksyen 61(2) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).
Harta terlibat ialah wang berjumlah kira-kira USD115.3 juta (RM450.5 juta) yang disimpan dalam beberapa akaun bank di Switzerland termasuk di JP Morgan (Suisse) SA dan UBS Switzerland AG.
