MatchPoint Times

Home

SPRM reman pegawai syariah, peguam syarie disyaki terbabit rasuah hibah

Cover Image for SPRM reman pegawai syariah, peguam syarie disyaki terbabit rasuah hibah

Siasatan awal dapati kedua-dua suspek subahat melakukan perbuatan itu antara 2016 hingga 2018.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan reman seorang pegawai syariah dan seorang peguam syarie kerana disyaki meminta serta menerima wang rasuah kira-kira RM91,000 sebagai balasan mengeluarkan Perintah Pengesahan Hibah bagi tujuan pertukaran hak milik.

Majistret Ahmad Khairuddin Khalid membenarkan kedua-dua suspek direman tujuh hari hingga 20 Jan ini selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pagi tadi.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 40an dan 50an itu ditahan berasingan semalam ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Johor pada kira-kira 8 malam.

Tags:ditahan remanMahkamah Sesyen Johor Bahrupegawai syariahpeguam syariepengesahan hibahRasuahSPRM johortukar hak milik


Dari pertembungan tamadun kepada keruntuhan tamadun Barat

Malaysia mesti memposisi diri dalam kumpulan maju BRICS dan Asean untuk menjauhi kesan negatif menjelang zaman keruntuhan tamadun Barat bergolak.

🟡Raja Kamarul Bahrin Shah

From ‘Clash of Civilisations’ to the ‘Crash of Civilisation’

The world is gravitating away from the Western sphere of influence towards BRICS and other regional alliances with shared objectives.

🟡Letter to the Editor