PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang Tan Sri disyaki menipu wang pelabur dipercayai lebih RM300 juta sejak dua tahun lalu.
Ketua Pesuruhjayanya, Azam Baki, berkata lelaki berusia 60-an itu ditahan di pejabat SPRM semalam dan mahkamah Putrajaya membenarkan dia direman empat hari untuk siasatan lanjut pagi tadi.
Selain lelaki itu, beliau berkata, seorang wanita berusia 50-an yang juga ahli lembaga pengarah sebuah syarikat pelaburan ditahan kelmarin kerana disyaki terbabit penipuan berskala besar.
