KUALA LUMPUR: Dalam berniaga ada pelbagai risiko termasuk terpaksa menutup operasi akibat keadaan luar jangka.
Itu dihadapi seorang peniaga kecil-kecilan, Betty Ismail apabila gerainya terpaksa ditutup seminggu untuk memberi laluan kepada kerja naik taraf, baru-baru ini.
Keadaan itu menjejaskan pendapatan ibu tunggal berusia 51 tahun itu yang membesarkan empat anak masih bersekolah.
