PETALING JAYA: Kerajaan akan melaksanakan penyasaran subsidi RON95 tahun ini secara berperingkat, dengan mengambil kira mekanisme paling sesuai supaya tidak membebankan rakyat, kata menteri kewangan II Amir Hamzah Azizan.
Amir berkata kerajaan masih dalam proses reka bentuk sistem paling sesuai untuk melaksanakan subsidi bersasar itu, dan ia akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri sebaik sahaja siap, lapor Berita Harian.
“Perdana menteri menyatakan bahawa subsidi bersasar untuk RON95 akan dilaksanakan tahun ini juga.