KUALA LUMPUR: Subsidi RON95 berkurang kepada RM1.8 bilion pada suku keempat 2025, berbanding RM3 bilion yang dicatatkan pada suku keempat 2024, kata Kementerian Kewangan.
Menurut Kementerian Kewangan, ia menunjukkan penjimatan sekitar RM1.2 bilion susulan pelaksanaan penyasaran subsidi melalui inisiatif BUDI Madani RON95 (BUDI95) dan penurunan harga pasaran minyak.
“Penjimatan ini terhasil berikutan kejayaan mengurangkan ketirisan subsidi, termasuk pembelian oleh bukan warganegara dan aktiviti penyeludupan.
