PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook mengingatkan ahli parti itu, suka atau tidak, bekas perdana menteri, Najib Razak pernah menerajui Umno, sekutu DAP dalam kerajaan perpaduan, jadi tidak wajar merosakkan hubungan berkenaan.
Menerusi sebuah podcast berbahasa Cina, Loke berkata, beliau sudah berbincang dengan Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin berhubung hantaran terbarunya yang mencetuskan kontroversi.
Katanya, beliau tidak bersetuju dengan tindakan Yeo, tetapi tidak menegurnya.
