PETALING JAYA: Pendaftaran kad SIM prabayar menggunakan MyDigital ID menjelang akhir tahun ini akan meningkatkan tahap keselamatan berbanding menggunakan MyKad, menurut pakar teknologi.
Ahmad Wiraputra Selamat dari Universiti Pendidikan Sultan Idris berkata penggunaan MyDigital akan menyukarkan lagi usaha memperdaya, kerana pendaftaran akan memerlukan pengesahan cap jari dan kriptografi.
“Dengan kelebihan ini, penipuan identiti SIM untuk cipta akaun palsu, atau berulang untuk tujuan penipuan akan dapat dibendung,” katanya, mengulas langkah kerajaan mewajibkan pendaftaran kad SIM prabayar menggunakan MyDigital ID menjelang akhir tahun.