KUALA LUMPUR: Petronas Dagangan Bhd meraih keuntungan bersih lebih rendah sebanyak RM281.25 juta pada suku ketiga berakhir pada 30 Sept 2025 berbanding RM335.13 juta dalam tempoh sama tahun lepas.
Perolehan bagi suku tahun yang dikaji menyusut kepada RM9.53 bilion berbanding RM9.73 bilion sebelumnya.
“Perolehan kumpulan bagi suku berkenaan menyusut sebanyak RM194.6 juta atau 2% terutamanya berikutan penurunan purata harga jualan sebanyak 6% meskipun terdapat peningkatan 4% jumlah jualan,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
