PETALING JAYA: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menzahirkan rasa kesal terhadap ‘jurang membimbangkan’ antara matlamat Pelan Integriti Nasional dan realiti semasa negara.
Baginda bertitah sejak PIN dilancarkan 21 tahun lalu semasa pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi, rasuah, pecah amanah, ketirisan sumber awam, kronisme dan salah guna kuasa masih berlaku hampir setiap hari.
Menurut Sultan Nazrin, media mendedahkan wujudnya pelbagai kartel merajai industri ayam, ikan, beras dan pelbagai bekalan serta perkhidmatan, lambakan pekerja asing dan pekerja tanpa izin.
