KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan dukacita serta simpati atas pemergian anggota tentera Truper K Indiran yang meninggal dunia pada Khamis lalu.
Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mendiang dan berharap agar mereka tabah serta sabar menghadapi ujian yang amat berat itu.
Baginda berdua juga berharap keluarga mendiang terus cekal dan bersatu hati, serta menyerahkan segala urusan kepada pihak berwajib untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.
