PETALING JAYA: Suspek kes tembak mati seorang rakyat Malaysia di Sungai Golok, Narathiwat, malam tadi adalah bekas pemain import bola sepak Kelantan, kata ketua polis negeri Mohd Yusoff Mamat.
Beliau berkata, mangsa yang maut ditembak pula ialah Mohd Fuad Fahmie Ghazali berusia 33 tahun.
Yusoff berkata, maklumat berkenaan diperolehi menerusi hasil siasatan dalaman pihaknya.
