PETALING JAYA: Sebuah agensi Amerika Syarikat menyifatkan syarat-syarat import import halal Malaysia sebagai ‘halangan teknikal’ kepada perdagangan, beberapa hari sebelum tarif diumumkan ke atas import dari Malaysia.
Perkara tersebut dinyatakan oleh Pejabat Wakil Perdagangan AS (USTR) dalam laporan ‘2025 National Trade Estimate Report on Foreign Trade Barriers’, yang antara lain menonjolkan ‘halangan ketara’ kepada eksport AS, pada 31 Mac lalu.
AS mengenakan tarif timbal balik 24% ke atas import dari Malaysia berkuat kuasa 9 April, menurut perintah eksekutif yang ditandatangani Presiden Donald Trump semalam.