PETALING JAYA: Sebuah syarikat didenda RM20,000 kerana mengedar peranti rokok elektronik atau vape menyerupai mainan di sebuah premis sekitar Taman Kosas di Ampang tahun lalu.
Jurucakap Kementerian Kesihatan (KKM) Selangor berkata, pihaknya menyerbu premis syarikat itu pada 19 Dis lalu yang mengimport dan mengedar peranti vape berbentuk alat mainan.
Katanya, pegawai KKM Selangor merampas 159 peranti vape dan perasa rokok elektronik dianggarkan bernilai RM4,700 dalam serbuan itu.
