PETALING JAYA: Tahanan yang meninggal dunia di Pusat Koreksional Perlis di Guar Nangka, Perlis, didapati mempunyai ketumbuhan pada hati yang pecah ketika jatuh dalam bilik air.
Ketua Polis Arau Ahmad Mohsin Md Rodi, berkata pakar patologi berpendapat punca kematian lelaki berusia 23 tahun itu adalah disebabkan ketumbuhan pecah tersebut, sekali gus mengakibatkan pendarahan.
“Pakar patologi juga berpendapat ketumbuhan yang pecah itu juga tidak mustahil disebabkan lelaki ini jatuh, manakala corak kecederaan terdapat pada tubuhnya tidak kelihatan seperti satu tindakan penderaan.