MatchPoint Times

Home

Tahanan rumah Najib: Semakan kehakiman ditangguh tunggu keputusan rayuan AG

Cover Image for Tahanan rumah Najib: Semakan kehakiman ditangguh tunggu keputusan rayuan AG

Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz juga benar tangguh permohonan ‘gag order’ oleh kerajaan.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menangguhkan perbicaraan permohonan Najib Razak agar titah adendum yang membenarkan bekas perdana menteri itu menjalani tahanan rumah dikuatkuasakan, sementara menunggu keputusan rayuan peguam negara di Mahkamah Persekutuan.

Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz juga membenarkan penangguhan permohonan kerajaan untuk memperoleh perintah larang suara (gag order) berhubung semakan kehakiman itu.

Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly memaklumkan Hayatul, Mahkamah Persekutuan memutuskan awal hari ini ia akan mendengar rayuan peguam negara terhadap kebenaran Mahkamah Rayuan untuk Najib memulakan prosiding semakan kehakiman.

Tags:Mahkamah Tinggi Kuala LumpurNajib RazakPeguam NegaraSemakan Kehakimantahanan rumahtitah adendum


3 maut dalam tembakan di Sweden

Kejadian berlaku di sebuah salun rambut berhampiran Dataran Vaksala, Sweden dan suspek yang masih bebas kini diburu polis.

🟡Bernama

Subsidi telur kurang 50% sebelum tamat 1 Ogos

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata kerajaan belanja hampir RM2.5 bilion beri subsidi telur ayam kepada pihak industri dari Februari 2022 hingga Disember lalu.

🟡FMT Reporters