PETALING JAYA: Calon Pakatan Harapan (PH) untuk DUN Api-Api, Thonny Chee menolak dakwaan beliau sukar berkomunikasi dengan masyarakat Cina kerana tidak fasih bahasa Mandarin, dan hanya menguasai berbahasa Melayu dan Inggeris.
Chee berkata isu bahasa bukan halangan untuknya berkhidmat kepada komuniti itu kerana penduduk juga fasih berbahasa Melayu dan Inggeris.
“Saya tahu di Api-Api, masyarakat Cina semua fasih berbahasa Melayu dan Inggeris. Jadi saya boleh gunakan dua bahasa ini untuk berkomunikasi dengan mereka. Orang yang cuba menggunakan isu ini sebenarnya tidak bijak kerana saya nampak tiada isu di situ,” katanya yang dipetik Bernama di Api-Api hari ini.
