PETALING JAYA: Seorang pakar perancangan bandar berpendapat Malaysia tidak perlu ibu kota ketiga di Borneo memandangkan sudah ada dua pusat pentadbiran yang dianggap mencukupi bagi sebuah negara bersaiz kecil.
Presiden Pertubuhan Reka Bentuk Bandar Malaysia (Perekabandar) Shuhana Shamsuddin berkata malah negara maju seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia dan Jepun hanya mempunyai satu ibu negara.
Pensyarah di Taylor’s University itu berkata berdasarkan pengalaman ‘mewujudkan’ Putrajaya, usaha membangunkan pusat pentadbiran baharu memerlukan kos tinggi dan perancangan rapi.
