KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Wee Ka Siong berkata soal meninggalkan Barisan Nasional (BN) tidak berbangkit ketika ini.
Katanya, MCA akan terus bersama BN, yang ditubuhkan berasaskan semangat Perikatan pada 1973.
“BN ditubuhkan berlandaskan kepada semangat Perikatan. Jadi, kita sama-sama asaskan parti (BN). Justeru soal ini (keluar BN) tidak wujud setakat ini,” kata Ahli Parlimen Ayer Hitam itu selepas menghadiri Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.
