PETALING JAYA: Seorang pemimpin kanan Barisan Nasional (BN) membidas MIC kerana menyalahkan Pengerusinya Zahid Hamidi atas kelemahan gabungan itu sedangkan parti berkenaan dilihat tidak banyak menyumbang.
Pemimpin itu, yang enggan dinamakan, berkata usaha menjadikan Zahid sebagai kambing hitam atas kesukaran yang dihadapi BN adalah tindakan yang tidak wajar.
Menurutnya, cabaran yang dihadapi BN berkait rapat dengan perubahan landskap politik negara dan bukan berpunca daripada seorang individu semata-mata.
