ALOR SETAR: Pemuda PAS menegaskan fokus utama penubuhan pra-sekolah Pasti miliknya adalah membina asas agama murid namun cadangan wakil DAP boleh dipertimbangkan supaya bahasa Mandarin dan Tamil diperkenalkan.
Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden mengulas gesaan Ahli Parlimen Kepong dari DAP Lim Lip Eng yang mencabar PAS membuktikan keikhlasan dengan menawarkan bahasa tersebut di Pasti.
Ia selepas Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan supaya Mandarin dan Tamil menjadi dasar dalam sistem pendidikan bagi memupuk perpaduan.