JAKARTA: Pendaki di Taman Negara Bromo Tengger Semeru di Indonesia diwajibkan memakai gelang tangan penjejak bagi tujuan keselamatan, lapor Xinhua.
Gelang peranti pengecaman frekuensi radio (RFID) itu mengandungi cip mini dan antena yang menghantar isyarat kepada menara penerima yang ditempatkan di beberapa lokasi sepanjang laluan pendakian, kata Pegawai Perhubungan Awam taman itu, Endrip Wahyutama pada Isnin.
Menurut jurucakap, penggunaan gelang tangan ini bermula Jun lepas.