PETALING JAYA: Dua pertubuhan pengguna mahu Putrajaya meneruskan langkah memaparkan harga ubat di hospital dan klinik swasta mulai 1 Mei depan di sebalik ada pihak mempersoalkannya.
Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (MACFEA) serta Rural Malaysia senada pengenalan peraturan dikawal Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) itu supaya hak pengguna sentiasa terjamin.
Setiausaha Agung Rural Malaysia Anuar Mahmod berkata laporan rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia pada 2017,2020 dan 2022 mendedahkan harga ubat-ubatan di sektor swasta tidak terkawal dan sering ditokok secara berlebihan.