BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul mengancam untuk membatalkan perjanjian damai dengan Kemboja yang dimeterai bulan lalu, susulan letupan periuk api mencederakan dua anggota tentera Thailand berhampiran sempadan kedua-dua negara.
Anggota tentera itu terpijak periuk api yang dipercayai baru ditanam ketika menjalankan rondaan rutin pada Isnin di wilayah Si Sa Ket, menurut tentera Thailand.
Ia merupakan insiden letupan ketujuh dalam tempoh empat bulan, susulan siri letupan pada Julai lalu yang mencetuskan pertempuran sempadan paling berdarah dalam beberapa tahun.
