MatchPoint Times

Home

Thailand bubar parlimen, buka laluan PRU

Cover Image for Thailand bubar parlimen, buka laluan PRU

Susulan pengumuman itu, pilihan raya umum bagi memilih kerajaan baharu perlu diadakan dalam tempoh 45 hingga 60 hari.

BANGKOK: Raja Thailand Raja Maha Vajiralongkorn memperkenankan dekri diraja bagi membubarkan Dewan Perwakilan, sekali gus membuka laluan kepada pilihan raya umum yang perlu diadakan dalam tempoh 45 hingga 60 hari.

Menurut pengumuman rasmi dalam Warta Diraja yang disiarkan di laman webnya awal hari ini, baginda memperkenankan perintah diraja itu selepas menerima cadangan daripada Perdana Menteri Anutin Charnvirakul, yang berpendapat pembubaran Dewan wajar dilakukan bagi membolehkan pilihan raya diadakan untuk memilih Ahli Parlimen baharu.

Dalam pernyataannya kepada Raja, Anutin menjelaskan bahawa kerajaan yang memulakan tugas pada September 2025 itu beroperasi sebagai pentadbiran minoriti yang terdiri daripada beberapa parti politik tanpa majoriti di Dewan Perwakilan.

Tags:Anutin CharnvirakulParlimenpembubaranPilihan Raya UmumThailand


Aubameyang faces familiar foes as Marseille seek title revival

The former Arsenal and Barcelona star returns to Monaco, where he played early in his career in 2010 before making his name.

🟡AFP

Mid-flight scare as Cathay passenger tries to open aircraft door

The media identifies the passenger on the Boston-to-Hong Kong flight as a 20-year-old mainland Chinese man.

🟡Reuters