PHNOM PENH: Thailand dan Kemboja bersetuju melaksanakan gencatan senjata ‘serta-merta’ hari ini.
Menurut kenyataan bersama kedua-dua negara, mereka berikrar menamatkan pertempuran berdarah di kawasan sempadan yang berlarutan sejak beberapa minggu lalu.
“Kedua-dua pihak bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta selepas kenyataan bersama ini ditandatangani, berkuat kuasa mulai jam 12 tengah hari (waktu tempatan) pada 27 Dis.
