MatchPoint Times

Home

Tiada aduan sebab tak lapor, bukan buli tempat kerja tak berlaku

Cover Image for Tiada aduan sebab tak lapor, bukan buli tempat kerja tak berlaku

Penggiat sumber manusia berkata ramai pekerja mungkin tidak pasti mengenai hak mereka, takut akan kesan buruk, atau rasa terlalu malu untuk tampil ke hadapan.

PETALING JAYA: Ketiadaan aduan buli atau gangguan di tempat kerja pada 2025 tidak bermakna masalah itu tidak wujud, kata pakar sumber manusia dan kumpulan majikan.

Arulkumar Singaraveloo dan Mangalagowri Ramanathan, menyatakan kekurangan kes direkodkan cenderung mencerminkan masalah kurang pelaporan dan bukannya ketiadaan salah laku, manakala Presiden Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF), Syed Hussain Syed Husman, berkata majikan mungkin teragak-agak mengkategorikan sesuatu insiden sebagai buli, atau menangguhkan tindakan bagi mengelak potensi terdedah kepada tindakan jenayah.

Arulkumar Singaraveloo.

“Ramai pekerja mungkin tidak pasti mengenai hak mereka, takut kesan sampingan atau rasa malu untuk tampil ke hadapan,” kata Arulkumar, yang merupakan ketua pegawai eksekutif penyedia perkhidmatan nasihat sumber manusia Malaysia HR Forum kepada FMT.

Tags:buligangguanmajikanpekerjatempat kerja


Kendrick Lamar, Bad Bunny, Lady Gaga face off at Grammys

The 68th Grammy Awards this Sunday in Los Angeles will once again be hosted by comedian Trevor Noah.

🟡AFP

Kalau gagal ‘damai’, baik PAS tanding solo, kata mursyidul am

Namun Hashim Jasin berkata PN kini dilihat ‘bergaduh’ dalam selesaikan isu kekosongan pengerusi PN yang berlarutan hampir sebulan.

🟡Anne Muhammad