KAJANG: PAS menepis dakwaan terdapat usaha menyingkirkan Muhyiddin Yassin daripada Perikatan Nasional (PN) kerana isu itu tidak dibangkitkan dalam pemukiman tertutup parti itu bermula Jumaat lalu.
Presidennya, Hadi Awang, sebaliknya berkata tiada isu lain dibincangkan dalam pemukiman itu, selain agenda memperkukuhkan PAS dan perpaduan dalam PN.
Penjelasan Ahli Parlimen Marang itu sekali gus menolak spekulasi PAS akan meninggalkan PN.
