PETALING JAYA: Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap seorang calon pemilihan PKR Mei lepas mendapati tiada bukti menunjukkan individu itu menerima rasuah daripada mana-mana kontraktor atau pihak lain.
Sumber SPRM berkata siasatan mendapati semua sumber kewangan bagi pembelian aset yang dilakukan individu berkenaan adalah daripada simpanan peribadi serta hasil jualan perniagaan dan syarikat.
“Semakan aset mendapati beliau (calon) memiliki beberapa rumah kos sederhana serta beberapa kenderaan, semuanya dibeli melalui pinjaman bank yang sah. Tuduhan bahawa individu itu memiliki sebuah rumah ‘luar biasa’ di Port Dickson adalah tidak tepat.
