PETALING JAYA: Rapid Rail Sdn Bhd menafikan dakwaan berlaku gangguan perkhidmatan di Laluan Kelana Jaya pagi ini seperti dilaporkan beberapa media.
Katanya, perkhidmatan tren itu beroperasi mengikut kekerapan waktu puncak seperti dijadualkan dan tiada keadaan kesesakan luar biasa dilaporkan di stesen mahupun di dalam tren.
Rapid Rail turut menjelaskan kemas kini khidmat pelanggan Rapid KL di media sosial mengenai beberapa tren yang dikeluarkan daripada perkhidmatan tidak seharusnya ditafsirkan sebagai gangguan operasi.
