ALOR SETAR: PAS menegaskan tiada hubungan formal dengan pemimpin Parti Kemajuan Malaysia (MAP), P Waytha Moorthy, dan Presiden Urimai P Ramasamy, kata Ketua Dewan Ulama Ahmad Yahaya.
Katanya, gabungan longgar pembangkang yang turut melibatkan keduanya diketuai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin, tertumpu isu umum berkaitan kepentingan rakyat.
“Saya kira itu bukan satu ikatan (politik) atau kerjasama yang tetap, ia lebih bersifat menangani isu-isu semasa itu sahaja. Contohnya, adakan pertemuan berkaitan kos sara hidup rakyat.