KUALA LUMPUR: Tahanan rumah tidak boleh dilaksana kerana tiada mekanisme undang-undang bagi tujuan itu, kata hakim Mahkamah Tinggi ketika menolak permohonan bekas perdana menteri Najib Razak untuk menjalani baki hukuman penjara enam tahun atas sabitan kes SRC International di bawah syarat itu.
Hakim Alice Loke, berkata mengikut Seksyen 43 Akta Penjara 1995, budi bicara membenarkan seseorang menjalani hukuman bawah tahanan rumah terletak sepenuhnya di bawah bidang kuasa komisioner jeneral penjara.
“Titah adendum itu melucutkan budi bicara berkenaan justeru ia tidak selaras dengan kerangka statutori,” katanya dalam penghakiman.
