PETALING JAYA: Polis tidak menemui motif jenayah dalam ancaman bom palsu di KLIA Terminal 1, awal minggu ini.
Ketua Polis KLIA, Azman Shariat, berkata suspek yang dikatakan seorang pelajar universiti, menulis pada tag bagasinya ada bom di dalamnya supaya rakannya tidak mengganggu beg berkenaan.
Individu itu kemudian dibebaskan dengan ikat jamin memandangkan tempoh reman tamat.
