PETALING JAYA: Kementerian Luar Negeri mengesahkan tiada perubahan pada keperluan visa atau dasar imigresen yang secara khusus menjejaskan rakyat Malaysia yang ingin melancong atau menetap di Amerika Syarikat, setakat hari ini.
Penjelasan ini muncul di kala pelbagai laporan tentang pembatalan visa dan penghantaran pulang oleh kerajaan AS di bawah pentadbiran Donald Trump.
Mengulas laporan terkini perkembangan berkaitan dasar imigresen AS, Wisma Putra berkata tindakan tersebut tidak menyasarkan rakyat Malaysia secara khusus.