KLANG: Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook menafikan wujud kumpulan atau puak dalam parti itu seperti cuba digambarkan Presiden Umno Zahid Hamidi, semalam.
Berucap merasmikan Konvensyen DAP Selangor, Loke berkata tiada ‘Team A,B atau C’ dalam parti itu sebaliknya hanya ada satu pasukan.
“Team DAP sahaja,” katanya sambil menegaskan pelik dari segi politik jika beliau memberitahu hal berkait puak-puak dalam partinya kepada orang lain.
