PETALING JAYA: Tiada sebarang undang-undang menghalang siasatan walaupun Shamsul Iskandar Akin didakwa tahun lepas, mahkamah diberitahu.
Timbalan Pendakwa Raya Farah Ezlin Yusop Khan memaklumkan demikian kepada Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas peguam kepada bekas setiausaha politik kanan kepada perdana menteri itu membangkitkan isu berkenaan, semasa sebutan kes.
Terdahulu, peguam Shamsul, Amer Hamzah, memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya ingin mendapatkan kepastian sama ada siasatan terhadap anak guamnya telah lengkap atau masih berjalan.
