PETALING JAYA: Seorang penganalisis percaya tunjuk perasaan ‘Turun Anwar 2.0’ berhubung Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat akan beri timbal balas negatif kepada penganjurnya, PAS.
Azmi Hassan berkata PAS perlu melihat keadaan yang dihadapi Malaysia dalam rundingan dengan AS, sambil berdepan sifat Presiden Donald Trump dan ancaman tarif yang tinggi ke atas eksport negara.
Justeru, PAS akan kelihatan keliru malah menggunakan isu itu untuk kepentingan politik sekiranya tunjuk perasaan dilakukan, menurut penganalisis dari Akademi Nusantara itu.
