KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata tarif meluas yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) akan memakan diri dan lebih menjejaskan negara itu berbanding rakan dagangannya.
Tarif yang dikenakan antara 10% hingga 49% di kira-kira 60 negara, akan mencetuskan kenaikan harga bagi barangan di AS, yang membawa kepada kos sara hidup yang lebih tinggi untuk rakyatnya, katanya dalam temu bual dengan FMT.
“Kita banyak bercakap tentang bagaimana ini memberi kesan kepada Malaysia dan rakan dagangan AS yang lain. Tetapi persoalan yang harus ditanya ialah, apa yang akan berlaku kepada AS?”