PETALING JAYA: Umno perlu mengambil pendirian tegas dan bukan hanya mengharapkan tindakan Umno bahagian Puchong yang ‘mampu mengiau seperti kucing rumah’ terhadap kenyataan Ahli Parlimen DAP Yeo Bee Yin kepada Najib Razak, kata pemimpin MCA Ti Lian Ker.
Ti menyifatkan tindakan bahagian itu memutuskan hubungan dengan Pakatan Harapan (PH) sebagai ‘tidak bertaring’, sambil berkata ia tidak mengubah apa-apa di peringkat persekutuan dan negeri, serta tidak memberi kesan kepada DAP di Puchong.
“Tindakan ini bukan sahaja gagal ‘melukakan’ DAP, malah tidak mampu mencalar Yeo,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
