CYBERJAYA: Hubungan atau ‘networking’ Pemangku Sultan Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim banyak membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar sindiket penyeludupan yang didalangi beberapa pegawai tinggi tentera baru-baru ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki berkata Tunku Ismail yang sering dirujuk sebagai Tunku Mahkota Johor (TMJ) mahu isu penyeludupan di sempadan dibanteras sepenuhnya.
“Saya ingin memberitahu bahawa TMJ dalam hal ini amat bekerjasama dan mahu perkara ini (penyeludupan) dibanteras.