MatchPoint Times

Home

Tok Mat ke AS hadiri mesyuarat mineral kritikal

Cover Image for Tok Mat ke AS hadiri mesyuarat mineral kritikal

Menteri luar akan ke AS esok atas jemputan Setiausaha Negara AS Marco Rubio.

KUALA LUMPUR: Menteri Luar Mohamad Hasan akan melakukan lawatan kerja ke Amerika Syarikat (AS) dari 3 hingga 4 Feb untuk menghadiri Mesyuarat Mineral Kritikal Menteri-Menteri Luar di Washington, DC, atas jemputan Setiausaha Negara AS Marco Rubio.

Kementerian Luar (Wisma Putra) berkata, lawatan itu merupakan peluang penting untuk memperkukuh penglibatan dua hala antara Malaysia dan AS, terutamanya dalam bidang kerjasama mineral kritikal, yang amat penting bagi menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan, memajukan pembangunan teknologi, serta membina rantaian bekalan yang kukuh dan pelbagai.

“Semasa lawatan, menteri luar juga dijadual bertemu dengan rakan sejawat untuk membincangkan perkara berkepentingan bersama, meneroka peluang pelaburan, penyelidikan bersama, inovasi, inisiatif pembangunan kapasiti, dan memupuk kerjasama industri,” menurut kenyataan kementerian hari ini.

Tags:Kementerian Luarlawatan kerja ke ASmarco rubioMenteri Luarmesyuarat mineral kritikalMohamad HasanMoUpenglibatan dua halapertumbuhan ekonomirantaian bekalan mineral


Arteta seeks Arsenal reinforcement for injured Merino

Mikel Merino, a key contributor in midfield and attack for the Gunners, could miss the rest of the season after fracturing his right foot, which requires surgery.

🟡AFP

Zahid calls for greater emphasis on strengthening religious tolerance

The deputy prime minister says there is a need to ensure the safety of places of worship.

🟡FMT Reporters