PETALING JAYA: Tokoh perbankan Islam Daud Bakar akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan agensi antirasuah itu terhadap bekas syarikatnya.
Wakil guamannya, Tetuan Ahmad Zaidi & Partners dalam kenyataan memaklumkan, Daud yang pernah berkhidmat sebagai pengerusi majlis penasihat syariah di Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah dipanggil untuk membantu siasatan SPRM.
“Beliau akan memberikan maklumat lengkap dan sokongan penuh bagi memastikan siasatan berjalan lancar, memandangkan tiada apa yang perlu disembunyikan di pihaknya,” kata firma guaman tersebut.
