PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno menyifatkan penolakan ‘kolaborasi agung’ Melayu atas alasan kehadiran DAP bukti jelas Bersatu dan PAS masih terperangkap dalam politik cauvinis serta gagal menguruskan realiti masyarakat majmuk.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Puad Zarkashi, berkata tindakan berterusan memainkan sentimen ‘UmDAP’ menunjukkan kedua-duanya lebih selesa mengeksploitasi emosi orang Melayu sehingga sanggup menolak platform rentas parti demi kepentingan rakyat.
“Itu bukti Bersatu dan PAS adalah parti cauvinis. Sebenarnya mereka yang gagal mengurus hubungan dengan parti bukan Melayu.
