PETALING JAYA: Penduduk Kampung Kuala Sungai Baru menggesa kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan bebas untuk menyiasat semula keputusan kejadian letupan saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA).
Pertubuhan Kebajikan Penduduk Kampung Kuala Sungai Baru berkata keputusan itu bukan sahaja menimbulkan lebih banyak tanda tanya terhadap ketelusan siasatan, malah menafikan hak mangsa untuk mendapatkan keadilan sewajarnya daripada bencana terjadi.
“Kami mendesak hasil siasatan ini disemak semula dan pihak penyiasat bebas dilantik untuk siasatan telus.