MatchPoint Times

Home

Trump pelawa Erdogan sertai Lembaga Keamanan Gaza

Cover Image for Trump pelawa Erdogan sertai Lembaga Keamanan Gaza

Lembaga Keamanan serta badan di bawahnya sedang ditubuhkan bagi memastikan aspek keselamatan dan pembinaan semula Gaza.

ISTANBUL: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump atas kapasitinya sebagai pengerusi pengasas Lembaga Keamanan bagi Gaza mempelawa Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menyertai lembaga itu, lapor Anadolu Ajansi.

“Pada 16 Jan, Presiden AS Donald Trump menghantar surat jemputan kepada Presiden kita, Recep Tayyip Erdogan, untuk menjadi anggota pengasas Lembaga Keamanan,” kata Pengarah Komunikasi Turki, Burahanettin Duran menerusi hantaran di platform media sosial Turki, NSosyal.

Duran berkata, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menerusi Resolusi 2803 menyokong Pelan Komprehensif bagi Menamatkan Konflik Gaza yang diumumkan Trump dan membawa kepada gencatan senjata di wilayah Palestin itu.

Tags:Donald TrumpGazaLembaga KeamananPresiden TurkiRecep Tayyip Erdogan


Lens hold off Auxerre to retake top spot from PSG, Marseille win

Lens returned to the top of Ligue 1 with a battling 1-0 win over lowly Auxerre.

🟡AFP

Akmal ‘solo lawan DAP’ tak jejas hubungan Umno-PH, kata penganalisis

Mazlan Ali berkata Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh bersendirian dan tidak mendapat sokongan sayap parti lain mahupun kepimpinan nasional.

🟡Dineskumar Ragu